Tuesday, November 5, 2013

-Launching Almond Choc Flakes (ACF) Premium @ 1 Muharram 1435H-

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijriah 1435H dan Salam Awal Muharram... semoga anda semua dalam limpahan keberkatan dan ketenangan Allah sentiasa :D

Hari ini adalah hari dalam sejarah kerana pada hari ini Saidiah Delight akan mula memperkenalkan secara rasmi produk baru ACF iaitu Almond Choc Flakes Premium (Kurma, Kismis dan Buah Tin). Dan pada hari ini juga...merupakan bermulanya bulan islam yang baru.. 1 Muharram 1435H.. moga-moga dengan pelancaran produk baru ini Saidiah Delight akan terus cemerlang dan berjaya serta diberkati oleh Allah Taala di dunia dan akhirat.

Bagi harga pengenalan bagi ketiga-tiga ACF Premium ini adalah seperti berikut:-

1. Mini Pack : 4 biji ACF ~ RM 5.90

Mengandungi 3 jenis ACF Premium iaitu ACF Kurma, ACF Kismis dan ACF Buah Tin dan juga 1 biji ACF Original.



2. Medium Pack : 10 biji ACF ~RM 16.90

Mengandungi campuran ketiga-tiga ACF Premium ini dan jika ada permintaan dari pelanggan untuk hanya 1 atau 2 jenis ACF Premium juga boleh diterima.



3. Jumbo Pack : 21 biji ACF ~ RM 33.90

Mengandungi pelbagai campuran ketiga-tiga ACF dan jika ada permintaan dari pelanggan untuk hanya 1 atau 2 jenis ACF Premium juga boleh diterima bergantung kepada permintaan anda.



4. Gift Pack : ( Mini Pack, Medium Pack dan Jumbo Pack) ~ RM 55.00


Ini adalah gabungan ketiga-tiga Pack dan jika ada permintaan ACF Original juga boleh dimuatkan didalam bekas ini.

* Jika anda inginkan Almond Choc Flakes Original di dalam bekas istimewa ini (seperti di dalam gambar) anda boleh maklumkan kepada pihak kami. InsyaAllah permintaan anda boleh diterima. Sila hubungi pihak kami untuk keterangan lanjut.

Kepada mereka yang ingin mencari hadiah pada hari istimewa, untuk yang tersayang atau sedang mencari hantaran pertunangan atau perkahwinan..maka Almond Choc Flakes ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda.. Tak cuba tak tahu.. dah rasa pasti memikat kalbu!!

Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi/whatsapp/sms/ di talian 016-4219369 atau email saidiahdelight@gmail.com atau pm kami di facebook: https://www.facebook.com/saidiahdelight

Salam sayang untuk anda semua :-)

FEEL THE TASTE, GET THE CRUNCH

~Saidiah Delight~



Saturday, November 2, 2013

-Produk Baru Almond Choc Flakes Premium-

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.. syukur padaNya.. Flyers untuk Saidiah Delight telah dibuat penambahbaikan dengan double side flyers dan baru sahaja siap. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Orked Design Studio, Seri Manjung atas usaha dan idea rekabentuk mereka yang cukup menarik dan berpuas hati..---->
https://www.facebook.com/OrkedDesignStudio


Pada 5 November 2013 nanti kita akan launching produk baru ACF..iaitu Almond Choc Flakes Premium. Untuk kali ini 3 jenis ACF Premium diperkenalkan iaitu ACF-Dates (Kurma), ACF-Raisins (Kismis) dan ACF-Figs (Buah Tin)


nak tahu rasanya macamana?.. yum..yummy.. ada kurma... ada juga kismis..dan ada buah tin.. sedap sgt. Ketiga-tiga buah-buahan ni sangat hebat.. ada khasiat yang tersendiri dan mengandungi banyak vitamin dan mineral.. 

ada story lagi kita nak bagi tau anda semua.. tapiii.. tunggu..harap bersabar ok.. nak cerita habis kat sini pun tak best pulak nanti.. kita tunggu 5 November 2013 ini ek

salam sayang dari Saidiah Delight :-)

Thursday, October 31, 2013

- Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan Anjuran Lembaga Koko Malaysia 2013 -

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Semoga anda di luar sana sihat walafiat dan ceria sentiasa disamping keluarga yang tersayang. Hari ini pihak Admin Saidiah Delight baru sahaja selesai menghadiri Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan Lembaga Koko Malaysia (LKM) bertempat di Sg. Sumun, Perak. Alhamdulillah.. syukur pada Allah..kursus 2 hari yang bermula pada 30 Oktober dan 31 Oktober 2013 telah tamat dengan jayanya dan sangat memberi manfaat terutama perkongsian ilmiah dari pihak LKM dan dikalangan peserta sendiri.

Pintu masuk Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Lembaga Koko Malaysia Sg. Sumun Perak



Blok hadapan berdekatan pintu masuk Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, LKM 
Sg. Sumun Perak

Mula-mula nak attend kursus ni rasa teruja jugak sebab sebelum ni dah attend kelas Chef Amer pada tahun 2009.. tapi tu dah lama.. belum lagi dengan LKM ni.. so bila tau ada kekosongan lagi untuk kursus ni cepat-cepat call LKM dan daftar untuk pihak Admin dan CEO Saidiah Delight..Atas tugas hakiki pihak Admin, hanya CEO sahaja yang attend kursus ni dulu.. dan saya hanya sempat attend kursus untuk hari kedua sahaja.. Seronok betul saya bila En. CEO kata memang best dapat belajar ..saya dah dapat aura positif dari dia.. saya makin tak sabar nak attend lebih-lebih lagi dengar cerita ada orang-orang hebat dalam kursus ni...:D


Hari pertama pihak LKM menerangkan tentang pengenalan koko serta pembuatan coklat dari awal proses pengeluaran sehingga menjadi blok coklat. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan secara praktikal bagaimana teknik mencairkan coklat atau tempering coklat dibuat.. Ohh..En. CEO kata memang ia mencabar tapi bila dah cuba buat rasa senang pulak.. (dalam hati saya: tak cuba tak tahu kan.. hihihi :-)...so hari pertama juga peserta belajar membuat praline chocolate, coklat beracuan (moulding) dan kelonsong coklat (shell). Hari pertama pun dah memang seronok kan?..:-)

Moulding choc and Shell Choc.. sedap tau ! :-)

Alhamdulillah.. hari ini dengan izinNya dapat juga saya sertai kursus bersama-sama pegawai dari LKM dan peserta-peserta lain dari dalam Perak dan luar Negeri Perak. Hari kedua peserta membuat amali coklat salutan (dakar), coklat truffles dan coklat salutan. 

 Antara hasil coklat buatan tangan hari ni..nampak cantik kan?.. nak tau macamna nak buat? :-) 
nanti saya share post blog pada masa akan datang ..insyaAllah ok..

Speechless!!.. tak tahu saya nak describe macamana kursus hari ini..dia punya AURA POSITIF ni sangat-sangat luar biasa... pagi-pagi lagi berkenalan dengan semua peserta yang sporting, ceria dan happy go lucky..memang tak sedar dah nak habis kursus.. lagi BEST bila dapat berkenalan dengan seorang doktor kesihatan iaitu Dr. Aishah Tul Radziah Lebai Hussin, pemilik DAS Solution. Seorang doktor yang energetic, berfikiran terbuka serta mudah didampingi ini memberi saya satu semangat baru untuk menjadi lebih berjaya.. Ilmunya cukup banyak.. tak lekang di mulut beliau kata-kata yang positif dan saya suka tengok dia..senyummmmmm..alwayz smile :-).. so sweet doc.. u re such amazing!.. syukur dapat bekenalan dengan doc.. kami doakan Dr. Aishah berjaya dalam bidang yang doktor ceburi dan selamat maju jaya untuk DAS Solutions.. produk doktor memang hebat! :D

Amacam, ada macam mak dengan anak tak?..hihihi.. gurau-gurau ek doc.. im so happy today :D

Dannnn....yang paling best perkongsian ilmu yang sangat-sangat luar biasa dari En. Anuar A.Rahman.. memang hebat orang ni.. tak sangka dalam usia muda beliau sudah memiliki satu syarikat hebat...beliau membuat perkongsian MARKETING yang cukup ikhlas dengan semua yang hadir pada hari ini...saya nampak benar-benar perkongsian ilmu itu datang dari hati beliau..ingin membantu orang lain dan sharing ilmu apa yang beliau ada.. nampak tak?.. Beliau banyak MEMBERI dan makin memberi... ini yang kita nak.. ni yang patut semua orang buat...saya ingat pesanan beliau tadi.. nak jadi HEBAT jangan perleceh orang lain.. nak jadi BERJAYA kena bantu dan share dengan orang lain.. hebat kan beliau?.. jeles betoi saya hihihi ;-) Thanks A lot En. Anuar.. anda memang luar biasa hebat... kami di Saidiah Delight berharap dapat aura hebat En. Anuar ini demi masa depan kita bersama untuk memajukan usahawan bumiputra dan Islam khususnya.

Kepada pihak LKM..terutama Pn. Maizatul dan En. Muhammad Nadzri.. terima kasih banyak-banyak kami ucapkan.. tak terbayar ilmu dan jasa baik tuan puan kepada kami peserta-peserta pada hari ini. Terima kasih juga atas perkongsian ilmu dan pengalaman anda semua... tidak lupa juga Asikin dan Liyana.. terima kasih banyak-banyak ek.. semoga kita berjumpa lagi untuk kursus akan datang.. Dan semua peserta kursus, terima kasih atas persahabatan dan ukhwah yang terbina hari ini.. semoga anda semua kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. Ameen

Untuk kawan-kawan di luar sana, jika ada yang dah buat biz coklat..atau baru nak mula biz..samada homebased atau premis.. sertailah kursus coklat buatan tangan anjuran LKM ini.. tengok-tengok la website LKM..anda patut datang..cost kursus ni pun sangat berpatutan.. dapat ilmu secara terus daripada pihak LKM..nak tanya apa pun boleh..officer LKM ni sentiasa membantu anda...nak ilmu kena cari kawan-kawan.. takda ilmu datang bergolek sendiri.. tak kira jauh mana pun.. kalau kita usaha dan ada kemahuan..lautan dalam pun sanggup kita terokai kan?.. :-))

Kita jumpa lagi untuk perkongsian ilmu pada masa akan datang..salam ukhwah..salam mahabbah..salam ACF dari Saidiah Delight..

p/s: Nak berjaya, cari kawan yang berjaya.. nak jadi muslim yang hebat duduk dengan muslim-muslim yang dah hebat.. nak AURA positif.. kena fikir yang POSITIF-POSITIF ..jom kita semua jadi muslim hebat dan berjaya di dunia dan akhirat. Saya doakan anda semoga dalam limpahan rahmat dan keberkatan dari Allah sentiasa.Ameen

~Saidiah Delight~

Wednesday, October 23, 2013

- Terima Kasih Ayah -



Entri kali ni khas saya tujukan untuk AYAH saya iaitu En. Othman b. Bidin.. Alhamdulillah syukur pada Allah..hari ini beliau berkongsi berita baik dengan anak-anaknya... Alhamdulillah.. Tahniah dan terima kasih ayah..tahniah atas perjuangan mu mencari rezeki untuk kami adik beradik dan telah mendidik kami sehingga kami menjadi insan yang berguna... Lihatlah ayah, atas kesabaran dan kepayahan ayah...ssemua adik beradik dapat menjejaki ke menara gading... dan 3 orang anak ayah dapat belajar di Bumi Anbiya...Ya Allah, begitu banyak rezeki dan kebahagiaan yang telah Engkau berikan kepada kami sekeluarga.. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Walaupun ayah dan ibu saya hanya Pekerja Am Rendah (PAR)..atau biasanya di panggil Tukang Kebun sekolah..kami tak pernah malu.. malah kami bangga dengan kalian berdua.. bangga dikurniakan ibubapa yang mementingkan ilmu ..nak kan dunia perlu ada ilmu.. nak kan akhirat kene ade ilmu.. nak dua-dua pun kene ade ILMU..

Kami bangga menjadi anakmu..moga doa kami diterima oleh Allah untuk kalian berdua.Terima kasih ayah.. terima kasih mak.. terima kasih segalanya.. takkan terbalas dan terbayar jasa mak dan ayah.. hanya kami pohonkan agar Allah ampunkan segala dosa mak dan ayah...dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, diberi keberkatan hidup di dunia dan akhirat..dan diberi perlindungan dan kesejahteraan dalam kehidupan..Ameen. Ayah dan Mak, doakan kami agar berterusan menjadi anak yang soleh dan solehah..dapat berbakti kepada mak dan ayah dan menjadi hamba ALLAH yang berTAQWA.. .

Gambar kat atas tu dah lama tahun 2009..tu gambar time saya bujang lagi....(ambik gambar kat fb..) huhu.. time adik saya yg kedua konvo kat Darul Quran..tapi bagi saya ayah dan mak saya tetap sama sampai bila-bila.. tak kira..gambar lama ke gambar baru ke.. luv u my mum & dad ..muahhh..muahhh..

Ayah saya juga adalah orang yang mula-mula memperkenalkan Almond Choc Flakes ini pada tahun 2009 kepada rakan-rakan dan sanak-saudaranya...dan bagi saya, semangat dan sokongan dari beliau juga mendorong saya untuk berada dalam dunia coklat ini. Terima kasih ayah... sekarang ..2013..pelanggan lama masih mencari dan bertanyakan ACF...nahhh!! dasyat bukan?..penangan apa yang ayah saya gunakan sampai customer lama dia masih ingat ACF?.. nanti lepas interview ayah, saya review balik story ACF ni ok...:-)


ehem2..:D.. entri kat atas tu macam skema sikit kan?.. biasa la bagi ucapan..mesti FORMAL sikit baru nampak <serius> di situ.. nampak keTEGASan dan PENTINGya perkara tu.. macam hidup kita laa.. kalau ada benda dalam hidup kita, kita buat macam main-main je.. endah tak endah je.. nak kata penting pun macam tak penting je.. so ape citer?.. kata nak BERJAYA..kata nak jadi orang HEBAT.. tapi bab-bab KASIH SAYANG kita tak nak serius..tak nak ambil peduli..atau sekarang ni orang kata CAKNA.. hihihi.. macam mana hidup kita nak BERKAT..betul tak?..cer tengok orang-orang yang berjaya dalam hidup...ramai kat Malaysia ni yang dah berjaya..contoh..Tun. Dr. Mahathir..Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary..dan ramai lagi ...;-)

.....ada satu contoh paling dekat dengan kita... MAK AYAH kita.. nampak tak mereka serius mendidik kita.. mengasuh kita.. beri pendidikan kepada kita.. tu mereka buat SUNGGUH-SUNGGUH.. bukan main-main.. nampak kan?.. kita jadi INSAN.. kita jadi manusia yang tahu menghargai orang lain.. menghormati orang lain.. jangan sampai hidup kita tak diberkati kerana kita tak sayang mak ayah kita.. atau tak sayang orang lain...

contoh paling agung dan terbaik utk kita sebenarnya adalah RASULULLAH kita..iaitu Nabi Muhammad S.A.W... itu yang terbaik untuk semua umat islam.. jadikan Nabi kita itu model kita dalam memupuk kasih sayang sesama manusia.. ;)



Saya nak share sikit satu lagu yang saya selalu nyanyikan dengan anak saya.........---->>>

satu..satu..saya sayang Allah
dua..dua..sayang Rasulullah
tiga...tiga... sayang ummi abi..
satu dua tiga..sayang semuanya..

....pernah dengarkan lagu macam ni?.. jom kita nyanyikan untuk anak kita..suami kita... sapa-sapa pun boleh.. sayang perlu diluahkan..sayang juga perlu diucapkan.. sebab dengan kita bercakap ..dengan kita luahkan..yang dalam hati itu akan nampak dengan sendirinya.. jom kita cakna dalam berKASIH-SAYANG ...jom nyanyi...la..la...la... :-)



~ Saidiah Delight ~


Monday, October 21, 2013

- Seronoknya Berdoa -

Alhamdulillah.. hari ni dapat whatsapp dari my SIL.. tu dia!! baru hari pertama memperkenalkan ACF.. dah ada yang nak order stok untuk esoknya..congrat my dear SIL and my brother.. starting today both are you have doing a great job... sure mak kat umah happy sangat..huhuhu.. lepas ni tak menang tangan la pulak sebab banyak dapat terima tempahan :-))..Syukur pada Allah..seronok tau tengok peminat-peminat ACF suka dengan Almond Choc Flakes ni.. rasa gembira kan.. bila  kita dapat gembirakan orang lain thats the point kita patut share dgn orang..kita share benda yang baik..kita ajak benda yang elok.. mudah-mudahan kebaikan itu berpanjangan dalam kehidupan mereka dan juga kehidupan kita.. betul tak?.. itu namanya sharing is caring..kan..kan..hihihi :))



Berbalik cerita pasal kehidupan ni.. memang banyak perkara yang di luar dugaan kita.. nak kata kita mintak.. kadang-kadang tak mintak pun..tapi kita dapat... yang kita mintak tapi tak dapat lagi..tu tanda belum sampai lagi ALLAH nak bagi kita.. tuuu mesti ada sebab.. jadi teruskan berdoa..doa banyak-banyak.. kan ALLAH dah kata..

 <ad u ni as tajib lakum>..Berdoalah kepadaKu..maka Aku akan perkenankan..

nahhh!! jelas lagi bersuluh..tak susah-susah nak pening.. doa je.. lepas solat doa sungguh mintak pada Allah..nak dapat 10A1, nak dapat kereta baru, nak jadi kaya.. nak beli beg tangan baru.. (tu orang yang bercakap ni laaa....huhu)..apapun kita mintak ikut adab2 doa...mulakan selawat ke atas nabi.. dan mintak pada Allah mohon untuk perkenankan doa kita..lagi baik kalo kita doakan untuk orang lain..dan orang tu tak tahu kita doakan untuk dia..doa yang baik-baik tau..takmau yang tak elok.. sebab dengan doa itu juga Allah akan beri keberkatan kepada kita.. jadi jom kita berdoa banyak-banyak.. Yakin pada Allah.. Berserah diri pada Allah..moga Allah ampunkan dosa kita dan permudahkan urusan kita serta tempatkan kita dalam perlindungannya setiap masa..Ameen...

Salam sayang dan selamat malam semua.. dan jom kita berdoa..nak tido ..jgn lupa berdoa juga tau :-)




~ Saidiah Delight ~
~Salam Sayang Buat Semua~

Begitu lama tidak kita ketemu. Maklumlah order offline selalu masuk dan buat masa ini kami memang tak menang tangan dibuatnya. Permintaan bagi ACF sangat tinggi tapi kami Team Saidiah's Delight akan terus berusaha untuk memberi memenuhi permintaan dan kepuasan pelanggan kami. Bagi yang telah menerima dan menempah ACF..kami mengucapkan ribuan terima kasih..bagi yang belum, harap bersabar ek :D..


Ini merupakan blog rasmi bagi Saidiah's Delight dan anda juga boleh melayari serta mendapatkan info yang terkini berkenaan ACF melalui laman sosial facebook.----> https://www.facebook.com/saidiahdelight

Untuk makluman anda di luar sana.. Saidiah's Delight menawarkan Almond Choc Flakes (ACF) yang mengandungi snek badam emping jagung bercoklat yang sangat sedap dan berkhasiat. Tidak hairanlah 'FEEL THE TASTE, GET THE CRUNCH" sangat bertepatan dengan keenakannya apabila anda menikmatinya.

Jika ada sebarang pertanyaan dan pesanan boleh terus tel/whatsapp/sms ke talian 0164219369 (Nor Naimmah) / 0193081180 (Fakhruddin) atau ke email kami saidiahdelight@gmail.com .. insyaAllah akan kami beri respon secepat mungkin kepada anda.

Semoga hari ini lebih bermakna dan lebih baik untuk anda semua.. Salam Sayang dan Ceria-ceria selalu bersama ACF.. :)

~ Saidiah's Delight ~




~ Khasiat Badam ~
 
Kacang badam adalah di antara kekacang yang bertindak sebagai bahan anti-oksidan.
Ia juga kaya dengan kandungan magnesium, fosforus, riboflavin, Vitamin E, phytosterol dan beta-sitosterol.
Antara manfaat kacang badam ini adalah ia membantu mengurangkan risiko diserang penyakit jantung, membantu menguatkan tulang dan gigi.

Banyak lagi kelebihan dan khasiat badam ini.. jgn lupa kawan-kawan.. semua ini terkandung di dalam ALMOND CHOC FLAKES...keluaran SAIDIAH'S DELIGHT... rasai dan nikmatilah ACF :)


Wednesday, October 2, 2013

Saidiah's Delight Official Blog

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

~Saidiah's Delight Blog~

Layari page Facebook kami di Saidiah's Delight.