Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Semoga anda di luar sana sihat walafiat dan ceria sentiasa disamping keluarga yang tersayang. Hari ini pihak Admin Saidiah Delight baru sahaja selesai menghadiri Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan Lembaga Koko Malaysia (LKM) bertempat di Sg. Sumun, Perak. Alhamdulillah.. syukur pada Allah..kursus 2 hari yang bermula pada 30 Oktober dan 31 Oktober 2013 telah tamat dengan jayanya dan sangat memberi manfaat terutama perkongsian ilmiah dari pihak LKM dan dikalangan peserta sendiri.
Pintu masuk Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Lembaga Koko Malaysia Sg. Sumun Perak
Blok hadapan berdekatan pintu masuk Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, LKM
Sg. Sumun Perak
Mula-mula nak attend kursus ni rasa teruja jugak sebab sebelum ni dah attend kelas Chef Amer pada tahun 2009.. tapi tu dah lama.. belum lagi dengan LKM ni.. so bila tau ada kekosongan lagi untuk kursus ni cepat-cepat call LKM dan daftar untuk pihak Admin dan CEO Saidiah Delight..Atas tugas hakiki pihak Admin, hanya CEO sahaja yang attend kursus ni dulu.. dan saya hanya sempat attend kursus untuk hari kedua sahaja.. Seronok betul saya bila En. CEO kata memang best dapat belajar ..saya dah dapat aura positif dari dia.. saya makin tak sabar nak attend lebih-lebih lagi dengar cerita ada orang-orang hebat dalam kursus ni...:D
Hari pertama pihak LKM menerangkan tentang pengenalan koko serta pembuatan coklat dari awal proses pengeluaran sehingga menjadi blok coklat. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan secara praktikal bagaimana teknik mencairkan coklat atau tempering coklat dibuat.. Ohh..En. CEO kata memang ia mencabar tapi bila dah cuba buat rasa senang pulak.. (dalam hati saya: tak cuba tak tahu kan.. hihihi :-)...so hari pertama juga peserta belajar membuat praline chocolate, coklat beracuan (moulding) dan kelonsong coklat (shell). Hari pertama pun dah memang seronok kan?..:-)
Moulding choc and Shell Choc.. sedap tau ! :-)
Alhamdulillah.. hari ini dengan izinNya dapat juga saya sertai kursus bersama-sama pegawai dari LKM dan peserta-peserta lain dari dalam Perak dan luar Negeri Perak. Hari kedua peserta membuat amali coklat salutan (dakar), coklat truffles dan coklat salutan.
Antara hasil coklat buatan tangan hari ni..nampak cantik kan?.. nak tau macamna nak buat? :-)
nanti saya share post blog pada masa akan datang ..insyaAllah ok..
Speechless!!.. tak tahu saya nak describe macamana kursus hari ini..dia punya AURA POSITIF ni sangat-sangat luar biasa... pagi-pagi lagi berkenalan dengan semua peserta yang sporting, ceria dan happy go lucky..memang tak sedar dah nak habis kursus.. lagi BEST bila dapat berkenalan dengan seorang doktor kesihatan iaitu Dr. Aishah Tul Radziah Lebai Hussin, pemilik DAS Solution. Seorang doktor yang energetic, berfikiran terbuka serta mudah didampingi ini memberi saya satu semangat baru untuk menjadi lebih berjaya.. Ilmunya cukup banyak.. tak lekang di mulut beliau kata-kata yang positif dan saya suka tengok dia..senyummmmmm..alwayz smile :-).. so sweet doc.. u re such amazing!.. syukur dapat bekenalan dengan doc.. kami doakan Dr. Aishah berjaya dalam bidang yang doktor ceburi dan selamat maju jaya untuk DAS Solutions.. produk doktor memang hebat! :D
Amacam, ada macam mak dengan anak tak?..hihihi.. gurau-gurau ek doc.. im so happy today :D
Dannnn....yang paling best perkongsian ilmu yang sangat-sangat luar biasa dari En. Anuar A.Rahman.. memang hebat orang ni.. tak sangka dalam usia muda beliau sudah memiliki satu syarikat hebat...beliau membuat perkongsian MARKETING yang cukup ikhlas dengan semua yang hadir pada hari ini...saya nampak benar-benar perkongsian ilmu itu datang dari hati beliau..ingin membantu orang lain dan sharing ilmu apa yang beliau ada.. nampak tak?.. Beliau banyak MEMBERI dan makin memberi... ini yang kita nak.. ni yang patut semua orang buat...saya ingat pesanan beliau tadi.. nak jadi HEBAT jangan perleceh orang lain.. nak jadi BERJAYA kena bantu dan share dengan orang lain.. hebat kan beliau?.. jeles betoi saya hihihi ;-) Thanks A lot En. Anuar.. anda memang luar biasa hebat... kami di Saidiah Delight berharap dapat aura hebat En. Anuar ini demi masa depan kita bersama untuk memajukan usahawan bumiputra dan Islam khususnya.
Kepada pihak LKM..terutama Pn. Maizatul dan En. Muhammad Nadzri.. terima kasih banyak-banyak kami ucapkan.. tak terbayar ilmu dan jasa baik tuan puan kepada kami peserta-peserta pada hari ini. Terima kasih juga atas perkongsian ilmu dan pengalaman anda semua... tidak lupa juga Asikin dan Liyana.. terima kasih banyak-banyak ek.. semoga kita berjumpa lagi untuk kursus akan datang.. Dan semua peserta kursus, terima kasih atas persahabatan dan ukhwah yang terbina hari ini.. semoga anda semua kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. Ameen
Untuk kawan-kawan di luar sana, jika ada yang dah buat biz coklat..atau baru nak mula biz..samada homebased atau premis.. sertailah kursus coklat buatan tangan anjuran LKM ini.. tengok-tengok la website LKM..anda patut datang..cost kursus ni pun sangat berpatutan.. dapat ilmu secara terus daripada pihak LKM..nak tanya apa pun boleh..officer LKM ni sentiasa membantu anda...nak ilmu kena cari kawan-kawan.. takda ilmu datang bergolek sendiri.. tak kira jauh
mana pun.. kalau kita usaha dan ada kemahuan..lautan dalam pun sanggup
kita terokai kan?.. :-))
Kita jumpa lagi untuk perkongsian ilmu pada masa akan datang..salam ukhwah..salam mahabbah..salam ACF dari Saidiah Delight..
p/s: Nak berjaya, cari kawan yang berjaya.. nak jadi muslim yang hebat duduk dengan muslim-muslim yang dah hebat.. nak AURA positif.. kena fikir yang POSITIF-POSITIF ..jom kita semua jadi muslim hebat dan berjaya di dunia dan akhirat. Saya doakan anda semoga dalam limpahan rahmat dan keberkatan dari Allah sentiasa.Ameen
~Saidiah Delight~






No comments:
Post a Comment