Tuesday, January 21, 2014

BFF Fore4ever, Anda ada?

-BFF Fore4ver, Anda ada?-

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam Kejayaan, Salam Kekayaan..dan Salam Keberkatan

Pertamanya, lidah saya mungkin kelu untuk berbicara.. masih terkejut dan seakan tidak percaya  tetapi keyakinan yang saya pegang ini akhirnya terjadi juga...betapa saya begitu gembira bermula pagi tadi sehingga saat ini.. Alhamdulillah..sujud syukur kami Team Saidiah Delight kerana dengan izin dan rahmat Ilahi kami berjaya dalam Permohonan menjadi vendor di dalam satu syarikat ini.. akan saya khabarkan secara rasmi apabila mereka akan memulakan Pembukaan Rasmi pada bulan February nanti..sabar ek.. nanti saya sebut kat mana dan siapa yang saya maksudkan ini.. Yang penting sekarang adalah.. ACF keluaran Saidiah Delight akan lebih mudah anda dapatkan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur..senang je kan? ;-)  dan one more thing is you know what?.. khabar baik ini membuatkan satu hari ini, saya sangat-sangat gembira dan ceria...betul orang kata.. hari yang baik bermula dengan pagi yang baik.. jadi... esok saya nak mulakan hari esok dengan pagi yang happy jugak..anda juga boleh buat macam ni.. boleh boleh?.. :D

Alhamdulillah, telah tamat 3 hari seminar yang saya hadiri bersama suami saya di MIECC Mines, Seri Kembangan. Syukur sangat-sangat ilmu dan pengalaman yang saya dapat terlalu banyak.. dan rakan networking yang saya kenal juga ramai.. best sangat tau! Inilah dikatakan oleh guru saya tentang THE POWER OF SILATURRAHIM..


Ingin saya perkenalkan sahabat saya ini adalah pemilik kepada fb pages mama.and.kids.junction iaitu Pn. Roslinawati Misdi yang juga Managing Director kepada Mum and Kids Junction. For the first time, teruja juga kerana orangnya cukup peramah dan mesra sekali..Ibu kepada 5 orang anak ini paling saya suka, beliau tak loket dengan senyuman dan manis orangnya..asyik senyum je..hihihi..sekali tengok macam `mak lang` saya pulak :p..nice to meet you dear..Nak dijadikan cerita, kami berkenalan ketika sedang menunggu giliran di salah sebuah restoran di Mines Shopping Mall. Selepas bertegur sapa dan saling bertukar kad bisnes saya terus berkongsi sample ACF kepadanya.. sehinggalah selesai kami semua makan tengahari ni..saya ditegur olehnya dan katanya ...`naimmah, saya nak 1 balang.. ehh..dua balang lah.. ` jadi keesokan harinya baru saya berikan ACF ini kepada nya..(kalau tak sedap takkan la sampai order 2 balang kan..kan..opss hihi :p)

...ok..ok Pointnya di sini ialah..is not about selling product..is about ukhwah fillah.. tali silaturrahim yang terbina antara dua insan.. dan bukan kami berdua berkawan sahaja..malah suami saya juga dapat berkenalan dengan suaminya juga.. nampak tak?.. best kan.. seronok tau..dapat berkenalan dengan orang-orang kaya dan hebat.. auranya sangat bagus.. sifat rendah diri dan suka berkawan saya juga nampak pada mereka.. suami isteri ini.. terima kasih atas ukhwah ini, Ina..nanti kita keep in touch dia alam maya dan semoga kita akan berjumpa lagi ek :-)

https://www.facebook.com/mama.and.kids.junction ini ada menyediakan pelbagai kemudahan untuk ibubapa bagi mendapatkan barangan dan pakaian anak serta barangan-barangan keperluan bayi seperti stroller, alat permainan, alat penyusuan dan bermacam-macam lagi..singgahla dan lawati pages ini.. Tentunya anda suka dengan mereka kerana perkhidmatan yang diberikan `tip-top` dan anda boleh bertanya jika ada sebarang persoalan dengan mereka.. pm@whatsapp 016.328.8680


Dan ini seorang lagi sahabat saya itu Puan Faizah Hani yang saya kenal sejak saya berkursus di Lembaga Koko Malaysia tempoh hari.. lama dah sangat nak jumpa beliau..risau saya dah nak habis seminar masih belum dapat berjumpa lagi.. Alhamdulillah, walaupun hanya sesingkat cuma tapi sekurang-kurangnya lepas la rindu di hati nie..chewaaahhh.. hihihi..Sahabat saya ini seorang yang baik hati..suaminya juga begitu..walaupun mereka adalah orang yang hebat dan berjaya, mereka selalu banyak beri dorongan dan sokongan kepada saya dan suami dan kami gunakan networking ni sebagai medium bertukar-tukar maklumat dan sharing pengetahuan masing-masing..Kan bagus kalau kita dalam dunia ni pun saling tolong-menolong, bantu-membantu, menegur yang baik dan saling mengingati antara satu sama lain.. Indahnya dunia ni kan?..:D Hani, terima kasih atas tali persaudaraan ini.. insyaAllah kita akan bersama-sama menuju puncak kejayaan dan keberkatan hendaknya. Ameen.

Pn. Hani ni adalah pemilik fb pages: Mamany Chocolate dan beliau mahir menghasilkan lollichop dan buah tamar bersalut coklat yang sangat sedap.. saya suka..saya suka..:D...bagi mereka di Shah Alam boleh mendapatkan perkhidmatan jualan coklat ini dengan Hani.. ..di pages:->>>>
https://www.facebook.com/pages/Mamany-Chocolate/415448908567490


Sahabat semua,
Topik perkongsian di sini bukan nak bagi tau siapa saya berkawan..tetapi untuk kita kongsikan bersama tentang fadilat berukhwah..yakni SILATURRAHIM..sebagaimana hadis Nabi yang berbunyi:-
`Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim` (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Haa...nampak tak?.. hadis ni sebut tentang `rezeki`.. haaa.. nak banyak rezeki..nak jadi kaya..kaya harta dan tentunya nak kaya jiwa jugak kan?..banyakkanlah berkawan dan berukhwah.. nak panjang umur juga kena bersilaturrahim tetapi kewajaran dan ukhwah ini harus berlandaskan syariat dan sunnah.. hubungan ini mestilah berasaskan pegangan agama..bukan menjurus ke arah lembah dosa dan maksiat..maksud saya.. kadang-kadang ni kita berkawan ni ikut puak-puak kita je.. lepas tu dok kutuk-kutuk pulak orang lain.. ajak pulak kawan-kawan dia buat `ketupat`..geng aku tak leh kawan dengan geng dia..geng dia aku langsung taknak kawan.. hello! apa ni... tak takut ke makan daging kawan sendiri eeee.. saya taknak..anda bagaimana?..yang baik dijadikan tauladan..yang buruk dijadikan sempadan.. ;)

Kawan atau sahabat ni kita tengok juga peribadi dan akhlaknya..sebab kadang-kadang kita akan terikut juga.. kan best kalau dapat kawan yang memberi motivasi dan memberi manfaat kebaikan serta pahala sesama kita.. tenang je kan.. aura positif la katakan.. sifat-sifat mahmudah senang je terbentuk dalam diri ni.. memang bukan mudah untuk membuat kebaikan tetapi bukankah kita boleh membuat pilihan antara berkawan dengan orang yang negatif atau berkawan dengan orang yang positif?? kan..kan.. itu sebab dalam agama kita pun ada sebut..

Sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi:-

Tidak sempurna iman seseorang itu di antara kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri (HR Bukhari dan Muslim)

Marilah kita sama-sama menjaga hubungan ukhwah dengan baik berlandaskan agama. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri kita sentiasa benar je..atau betul je..aku betul.. ko buat ni salah.. ishk..ishk.. kesian kan? kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan... Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T

nak sempurna iman?.. nak tenang jiwa?..nak kaya harta dan kaya jiwa?
senang je :-)

.............
Jaga je hubungan kita dengan manusia.. InsyaAllah hubungan kita dengan Allah tentunya terbina..  :-)


Saidiah Delight
ALMOND CHOC FLAKES
Feel the Taste, Get The Crunch

Sunday, January 12, 2014

Dealer Almond Choc Flakes Shah Alam ~ Awesome!

- Dealer Almond Choc Flakes Shah Alam ~ Awesome! -

Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Allahumma solliala saiyidina muhammad waala alihi wasohbihi wasallim

Didoakan juga semua sahabat-sahabat semua sihat sejahtera dan gembira bersama dengan keluarga yang tersayang.

Perkembangan terkini bagi Saidiah Delight sudah melepasi satu peringkat penting semalam.. kita tunggu sahaja keputusan permohonan dari pihak berkenaan.....kepada Allah juga sebaik-baik sandaran dan pengharapan.... kita tungguuuu k :D


Selepas menghadiri sesi interview tu, kami Team Saidiah Delight berjumpa Dealer ACF SHAH ALAM kami iaitu CIK NURUL FARIHA yang saya telah perkenalkan dalam post blog sebelum nie...ni la gambar dia..manis senyumannya.. orangnya hepy go lucky.. sebelum ni dia ambik 2 kotak (24 balang) ACF...dalam 3 hari dah habis.. hari ni 2 kotak lg..tu pun katanya dah ada orang booking dah 4 balang.. ...Alhamdulillah, syabas dan tahniah reha.. memang hebat orangnya.. hebat sebab apa?.. saya belajar sesuatu dengan dia.. nak tahu??...

*nak bagi tau..perbualan ni memang tanpa dirancang dan takda skripnya.. turun dari hati..tulis dengan hati...sampai pun ke hati kannnn??? 

Macamana sahabat-sahabat, dah baca...nampak ke nampak? 5 perkara yang dapat saya simpulkan di sini:-
1. Dia suka apa yang dia buat sekarang (The Power of LOVE)
2. Dia tahu macamna nak simpan duit.. duit untuk beli semula ACF masuk sampul.. untung jual ACF dia masukkan ke dalam tabung ..(ni saya sukaaa..... PENGURUS wang yang baik..)
3. Dia tahu 9/10 itu datangnya dari berniaga...dan dia lakukan step by step.. satu persatu..tapi berterusan.. ni namanya ISTIQAMAH...dulu hidupnya mewah tapi sekarang dia lebih tenang sebab dah jumpa apa yang dia mahukan selama ni..The Power of HIKMAH)
4. Dia tahu duit untung yang dia simpan sikit-sikit tu... mungkin juga dia boleh guna untuk bayar bil-bil rumah dan perbelanjaan yang lain bila perlu... ( orang yang kaya dan berjaya mula-mula macam ni la..simpan sikit-sikit..The Power of EXPECTATION)
5.  Dia tahu untuk BERSYUKUR...itu lah yang paling penting...(The Power of GRATITUDE)

oohhh malunya saya.. saya ingat saya yang nak ajar dia..rupanya dia yang ajar saya BANYAK perkara..Alhamdulillah...syukurrr sangat-sangat :D

Hidup ni kita perlu merendah diri...be humble walau siapa pun dia... tak kira pangkat dan darjat.. dan kita tak tahu mungkin dengan Tuhan dia lebih tinggi nilainya kan..Untuk itu,.. hati kecil ni pun kena dilatih untuk jadi penerima nasihat yang baik.. belajar dan terus belajar...ambil peluang dan masa yang ada ini kita ubah hidup kita ke arah yang lebih baik... kalau dulu..sembahyang sorang-sorang..sekarang sembahyang la berjemaah pergi masjid ke..surau ke..kalau dulu belajar agama baca je buku..sekarang join la kelas-kelas agama... banyak dahhh.. kat merata-rata dah ade..pagi petang..siang malam ade kelas agama@mengaji ni.. bukan belajar untuk jadi kaya sahaja tetapi belajar erti kehidupan yang sebenar..kejayaan DI DUNIA DAN AKHIRAT...

Kepada Cik Nurul Fariha@Dealer ACF Shah Alam, kami doakan semoga Allah limpahkan rezeki melimpah-ruah, kesihatan yang baik, keberkatan umur serta dipermudahkan segala urusan dan impian untuk menjadi kaya, berjaya dan diberkati hidup di dunia dan akhirat. Ameen.. All the best..luv u dear :*

Anda rasa belajar sesuatu dari cerita ini?..itu tanda hati anda BAIK dan fitrah manusia itu pun sebenarnya memang mahukan kebaikan..kan? betul ke betul...:-) Alhamdulillah..

Jumpa lagi sahabat-sahabat semua....selamat berhujung minggu dan ceria-ceria sentiasa ok.. :-)

Saidiah Delight
ALMOND CHOC FLAKES- Feel The Taste, Get The Crunch

Sunday, January 5, 2014

The Power of Love

- The Power of Love -

Assalamualaikum sahabat-sahabat yg bahagia dan ceria di luar sana, moga diberi kesejahteraan dan kesihatan yang baik sepanjang masa. :D ... Walau di mana anda semua berada, kami sentiasa mendoakan anda dipermudahkan untuk apa jua urusan yang dilakukan, diberkati dan dirahmati setiap hari dan semoga hari ini lebih baik dari semalam buat kita semua.

Production untuk ACF berjalan seperti biasa. Permintaan untuk menjadi agent secara online dan offline terus meningkat...yang mana-mana nak tanya kami. cepat-cepat PM kami tau..whatsapp pun boleh 0164219369... fast action, fast result..:-) ..Yang saya pasti dan dapat lihat, Team Saidiah Delight terus bersemangat dari hari ke hari.. dah cekap tau.. kalau dulu terkial-kial la jugak nak buat cookies ni tapi sekarang Alhamdulillah.. banyak dah perubahan dan semakin mantap gitu.. tahniah...tahniah!! ye memang benar. Apabila sesuatu dijadikan kelaziman maka ia dianggap seperti kebiasaan.. dan apabila kebiasaan itu di lakukan dengan penuh kasih sayang maka ia adalah sesuatu perkara yang LUAR BIASA hebat.. seronok bukan.. apabila kita sudah mencintai sesuatu, tentu kita belai dan sayang dia bukan.. inilah yang dilakukan oleh TEAM Saidiah Delight yang ingin saya maksudkan disini. We all together.. tolong-menolong each other.. masa?.. uishh jangan cakap la.. tak tentu.. tapi KOMITMEN mereka sangat-sangat TOP.. saya sangat bertuah dapat TEAM Saidiah Delight ini.. Alhamdulillah syukur..

Alhamdulillah sepanjang tempoh awal kami memulakan bisnes ini ada seorang wanita yang merupakan KERAMAT BESAR untuk kami.. seorang wanita yang cekal jiwa dan hatinya.. yang merupakan tulang belakang Saidiah Delight selama ini iaitu PN. NORHASIAH BINTI BAKRI.. kami panggil beliau..Ummi..Beliau adalah ibu mertua saya yang sama-sama menjayakan perjalanan bisnes kami ini sehingga ke saat ini dan hari seterusnya...yang pasti beliau akan terus bersama kami..susah dan senang..saat duka dan kecewa..gembira dan tawa..sama-sama kami tempuhi... Pengorbanannya tak ternilai untuk Saidiah Delight.. Nasihat dan teguran?.. memang diperlukan sangat-sangat untuk kami sampai bila-bila... Anda nak tahu?.. impian beliau sangat-sangat besar terhadap Saidiah Delight... semangatnya yang berkobar-kobar kadang- kala tu saya jadi malu pun ada.. betul nie! serius tau... persediaan awal untuk production dia yang lakukan dulu..one thing saya yakin masa tu... saya tau SHE LOVES WHAT SHE'S DOING NOW.. inilah THE POWER OF LOVE.. perghhhh contoh paling dekat dengan kami.. itu kami tak sedar.. dan saya realize sekarang.. what ever dia lakukan dia buat bersungguh-sungguh.... takda macam orang sekarang kalo buat keje.. paham-paham je la..huhuhu..sebelum kami EXPECTATION and VISUALISATION dia dah bayangkan dah dulu...nampak tak?..orang kalo dah suka dengan sesuatu.. buat la apapun dia buat dengan baik dan terbaik.. bagi dia, dia sayang sangat dah benda tu.. betul saya cakap betul nie! ;)


Inilah 3 orang buah hati kami.. yang kami sayang dan cinta mereka sangat-sangat..  Ahmad Muaz, Pn. Hasiah (Ibu Mertua saya) dan Nurdiyanah (adik ipar saya).she is working with us now.. Alhamdulillah..dah makin cekap dah dia.. saya suka..saya suka :*...orang kuat dibelakang tabir kami ni kami raikan malam tadi di Swissomelt, Sitiawan... Alhamdulillah... sambut hari jadi ibu mertua saya juga.. Sorry Ummie, agak terlewat kita celebrate..apapun harap Ummi dan Diyanah gumbira dan enjoy untuk malam tadi..LOVE U ALL SO MUCH..

Kepada Ummi, terima kasih untuk segalanya.. terus berikan teguran dan nasihat kepada kami.. jasa baik dan kasih sayang Ummi tidak mampu kami balaskan tetapi yang kami pasti Ummi akan terus bersama kami..kami akan jaga sampai bila-bila.. Hanya yang kami harap, Ummie terus kuatkan hati dan jiwa Ummi.. kita harungi sama-sama kesusahan dan kepayahan ini.. Kami percaya satu hari nanti kita akan jadi lebih baik dan mampu untuk membantu orang-orang di sekeliling kita..percayalah Ummie.. Kami sayang Ummi sangat-sangat :*

....alamak.. air mataku mula menitis ke pipi..ishhkkk..relax anne.. relax anne.. feeling la pulak...huhuhu..kita gembirakan orang lain, insyaAllah Allah gembirakan kita juga..:-) ok...ok.. Hari ni kami akan turun ke Ipoh...nak jumpa ramai orang.. dengan satu matlamat.. kami nak bantu mereka...petang pula nak ke Hospital Ipoh melawat bapa saudara saya yang berada di wad ICU.. Ya Allah, sembuhkan beliau seperti biasa ya Allah dan ampunkan segala dosanya ya Allah.. ermmm...sedih la..kesian ayah ngah saya tu.. anda di luar sana, mohon doakan untuk beliau supaya cepat sembuh dan sihat seperti biasa... saya tahu dia kuat.. insyaAllah dia akan sembuh.. ameen


Jaga diri u olls semua tau.. nanti jumpa lagi k.. ingat Allah, Allah ingat kita..jom kita berselawat 1000x dan beristighfar 100x sehari.. mudahhh je...senyummmm :-)



Founder
Saidiah Delight
FEEL THE TASTE, GET THE CRUNCH

Wednesday, January 1, 2014

- New Outlets and ACF Agent 2014-

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang ceria dan bahagia sentiasa.. dan Selamat Tahun Baru 2014. Maafkan diri saya kerana lama benar rasanya tidak bersua dengan anda di laman blog ini. Walaubagaimanapun perkembagan kami di Saidiah Delight masih terus dikhabarkan di laman sosial facebook ....--> https://www.facebook.com/saidiahdelight
... Bagaimana kesihatan dengan sahabat semua? Kami mendoakan sahabat semua di beri kesihatan yang baik dan dalam peliharaan kerahmatan dariNya sentiasa. Ameen.

Baiklah untuk awalan cerita tahun ini izinkan saya berkongsi dengan anda tentang perjalanan Saidiah Delight yang kini telah berada di DUA cawangan jualan Almond Choc Flakes (ACF) iaitu .....

1. Kedai MYN Enterprise, No. 38, Jalan Seri Putra 1/4 Bandar Seri Putra, Bangi Selan

                    Kedai ini bersebelahan dengan kedai gunting rambut di Bandar Seri Putra, Bangi


Sesiapa yang berada di sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Putra Mahkota atau pengguna yang menggunakan laluan Lebuhraya Utara-Selatan juga boleh singgah di kedai ini untuk mendapatkan Almond Choc Flakes keluaran Saidiah Delight.

Untuk pengetahuan anda semua, kedudukan kedai ini juga strategik kerana berhampiran Exit Tol Bandar Putra Mahkota. Selain itu, kedai ini juga menyediakan perkhidmatan Jahitan Amirah Collection, Muslimah Spa, jualan surat khabar, majalah, jamu dan ubatan traditonal. Tidak hairanlah kedai ini sering dikunjungi oleh ramai pelanggan.


2. Kedai ZNR Ikhlas, M9 Fasa 1C 2 Bandar Baru Seri Manjung, Perak


                                Kedai ini berhadapan dengan Stesyen Minyak Shell di Manjung Lama.



Bagi mereka di sekitar Seri Manjung, Sitiawan, Lumut dan kawasan berhampiran boleh mendapatkan ACF terus di kedai ini.

Di kedai juga terdapat jualan produk Bio-Rich Marketing, YMR Marketing, produk P3, Lexee dan pelbagai lagi produk-produk kesihatan untuk para pengguna. Selain itu, mereka juga menyediakan sewaan tempat seminar dengan dilengkapi projektor dengan harga yang berpatutan. Mudah bukan.. mana-mana agensi yang ingin mendapatkan tempahan bolehlah menghubungi 019-5759884, Encik Zainun atau terus hadir ke kedai ini.

Ini salah seorang Ejen ACF kami di Shah Alam..Nama gadis ini ialah Nurul Fariha bt. Hussien (fb: Faris Danial) ...cepat-cepat dapatkan ACF dengan beliau..katanya semalam stok tinggal sikit je lagi... :D

Alhamdulillah.. ACF sudah mula menapak di luar Perak dan di kawasan-kawasan berhampiran. Syukur sangat-sangat.. perjalananan kami mula melangkah satu persatu. Mungkin tidak selaju orang lain namun mana yang termampu dan terdaya kami mulakan dulu. InsyaAllah..banyak lagi outlets yang akan kami umumkan lagi kepada anda semua..dan untuk Tahun 2014 pencarian DEALER@PENGEDAR dan EJEN akan lebih dipergiat lagi.. Nak tau?..banyak keistimewaan yang akan kami war-warkan kepada anda.. Tungguuuu... :D

Rindu sangat dengan you allls semua... :-) nanti kita story-story dalam post berikutnya tau.. banyak benda best nak share ni... tak sabar rasanya :p

Nor Naimmah Othman
Founder
Saidiah Delight