Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Allahumma solliala saiyidina muhammad waala alihi wasohbihi wasallim
Didoakan juga semua sahabat-sahabat semua sihat sejahtera dan gembira bersama dengan keluarga yang tersayang.
Perkembangan terkini bagi Saidiah Delight sudah melepasi satu peringkat penting semalam.. kita tunggu sahaja keputusan permohonan dari pihak berkenaan.....kepada Allah juga sebaik-baik sandaran dan pengharapan.... kita tungguuuu k :D
Selepas menghadiri sesi interview tu, kami Team Saidiah Delight berjumpa Dealer ACF SHAH ALAM kami iaitu CIK NURUL FARIHA yang saya telah perkenalkan dalam post blog sebelum nie...ni la gambar dia..manis senyumannya.. orangnya hepy go lucky.. sebelum ni dia ambik 2 kotak (24 balang) ACF...dalam 3 hari dah habis.. hari ni 2 kotak lg..tu pun katanya dah ada orang booking dah 4 balang.. ...Alhamdulillah, syabas dan tahniah reha.. memang hebat orangnya.. hebat sebab apa?.. saya belajar sesuatu dengan dia.. nak tahu??...
Macamana sahabat-sahabat, dah baca...nampak ke nampak? 5 perkara yang dapat saya simpulkan di sini:-
1. Dia suka apa yang dia buat sekarang (The Power of LOVE)
2. Dia tahu macamna nak simpan duit.. duit untuk beli semula ACF masuk sampul.. untung jual ACF dia masukkan ke dalam tabung ..(ni saya sukaaa..... PENGURUS wang yang baik..)
3. Dia tahu 9/10 itu datangnya dari berniaga...dan dia lakukan step by step.. satu persatu..tapi berterusan.. ni namanya ISTIQAMAH...dulu hidupnya mewah tapi sekarang dia lebih tenang sebab dah jumpa apa yang dia mahukan selama ni..The Power of HIKMAH)
4. Dia tahu duit untung yang dia simpan sikit-sikit tu... mungkin juga dia boleh guna untuk bayar bil-bil rumah dan perbelanjaan yang lain bila perlu... ( orang yang kaya dan berjaya mula-mula macam ni la..simpan sikit-sikit..The Power of EXPECTATION)
5. Dia tahu untuk BERSYUKUR...itu lah yang paling penting...(The Power of GRATITUDE)
oohhh malunya saya.. saya ingat saya yang nak ajar dia..rupanya dia yang ajar saya BANYAK perkara..Alhamdulillah...syukurrr sangat-sangat :D
Hidup ni kita perlu merendah diri...be humble walau siapa pun dia... tak kira pangkat dan darjat.. dan kita tak tahu mungkin dengan Tuhan dia lebih tinggi nilainya kan..Untuk itu,.. hati kecil ni pun kena dilatih untuk jadi penerima nasihat yang baik.. belajar dan terus belajar...ambil peluang dan masa yang ada ini kita ubah hidup kita ke arah yang lebih baik... kalau dulu..sembahyang sorang-sorang..sekarang sembahyang la berjemaah pergi masjid ke..surau ke..kalau dulu belajar agama baca je buku..sekarang join la kelas-kelas agama... banyak dahhh.. kat merata-rata dah ade..pagi petang..siang malam ade kelas agama@mengaji ni.. bukan belajar untuk jadi kaya sahaja tetapi belajar erti kehidupan yang sebenar..kejayaan DI DUNIA DAN AKHIRAT...
Kepada Cik Nurul Fariha@Dealer ACF Shah Alam, kami doakan semoga Allah limpahkan rezeki melimpah-ruah, kesihatan yang baik, keberkatan umur serta dipermudahkan segala urusan dan impian untuk menjadi kaya, berjaya dan diberkati hidup di dunia dan akhirat. Ameen.. All the best..luv u dear :*
Anda rasa belajar sesuatu dari cerita ini?..itu tanda hati anda BAIK dan fitrah manusia itu pun sebenarnya memang mahukan kebaikan..kan? betul ke betul...:-) Alhamdulillah..
Jumpa lagi sahabat-sahabat semua....selamat berhujung minggu dan ceria-ceria sentiasa ok.. :-)
Saidiah Delight
ALMOND CHOC FLAKES- Feel The Taste, Get The Crunch





No comments:
Post a Comment