- New Outlets and ACF Agent 2014-
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang ceria dan bahagia sentiasa.. dan Selamat Tahun Baru 2014. Maafkan diri saya kerana lama benar rasanya tidak bersua dengan anda di laman blog ini. Walaubagaimanapun perkembagan kami di Saidiah Delight masih terus dikhabarkan di laman sosial facebook ....--> https://www.facebook.com/saidiahdelight
... Bagaimana kesihatan dengan sahabat semua? Kami mendoakan sahabat semua di beri kesihatan yang baik dan dalam peliharaan kerahmatan dariNya sentiasa. Ameen.
Baiklah untuk awalan cerita tahun ini izinkan saya berkongsi dengan anda tentang perjalanan Saidiah Delight yang kini telah berada di DUA cawangan jualan Almond Choc Flakes (ACF) iaitu .....
1. Kedai MYN Enterprise, No. 38, Jalan Seri Putra 1/4 Bandar Seri Putra, Bangi Selan
Kedai ini bersebelahan dengan kedai gunting rambut di Bandar Seri Putra, Bangi
Sesiapa yang berada di sekitar Bandar Baru Bangi, Bandar Putra Mahkota atau pengguna yang menggunakan laluan Lebuhraya Utara-Selatan juga boleh singgah di kedai ini untuk mendapatkan Almond Choc Flakes keluaran Saidiah Delight.
Untuk pengetahuan anda semua, kedudukan kedai ini juga strategik kerana berhampiran Exit Tol Bandar Putra Mahkota. Selain itu, kedai ini juga menyediakan perkhidmatan Jahitan Amirah Collection, Muslimah Spa, jualan surat khabar, majalah, jamu dan ubatan traditonal. Tidak hairanlah kedai ini sering dikunjungi oleh ramai pelanggan.
2. Kedai ZNR Ikhlas, M9 Fasa 1C 2 Bandar Baru Seri Manjung, Perak
Kedai ini berhadapan dengan Stesyen Minyak Shell di Manjung Lama.
Bagi mereka di sekitar Seri Manjung, Sitiawan, Lumut dan kawasan berhampiran boleh mendapatkan ACF terus di kedai ini.
Di kedai juga terdapat jualan produk Bio-Rich Marketing, YMR Marketing, produk P3, Lexee dan pelbagai lagi produk-produk kesihatan untuk para pengguna. Selain itu, mereka juga menyediakan sewaan tempat seminar dengan dilengkapi projektor dengan harga yang berpatutan. Mudah bukan.. mana-mana agensi yang ingin mendapatkan tempahan bolehlah menghubungi 019-5759884, Encik Zainun atau terus hadir ke kedai ini.
Ini salah seorang Ejen ACF kami di Shah Alam..Nama gadis ini ialah Nurul Fariha bt. Hussien (fb: Faris Danial) ...cepat-cepat dapatkan ACF dengan beliau..katanya semalam stok tinggal sikit je lagi... :D
Alhamdulillah.. ACF sudah mula menapak di luar Perak dan di kawasan-kawasan berhampiran. Syukur sangat-sangat.. perjalananan kami mula melangkah satu persatu. Mungkin tidak selaju orang lain namun mana yang termampu dan terdaya kami mulakan dulu. InsyaAllah..banyak lagi outlets yang akan kami umumkan lagi kepada anda semua..dan untuk Tahun 2014 pencarian DEALER@PENGEDAR dan EJEN akan lebih dipergiat lagi.. Nak tau?..banyak keistimewaan yang akan kami war-warkan kepada anda.. Tungguuuu... :D
Rindu sangat dengan you allls semua... :-) nanti kita story-story dalam post berikutnya tau.. banyak benda best nak share ni... tak sabar rasanya :p
Nor Naimmah Othman
Founder
Saidiah Delight




No comments:
Post a Comment