-BFF Fore4ver, Anda ada?-
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Kejayaan, Salam Kekayaan..dan Salam Keberkatan
Pertamanya, lidah saya mungkin kelu untuk berbicara.. masih terkejut dan seakan tidak percaya tetapi keyakinan yang saya pegang ini akhirnya terjadi juga...betapa saya begitu gembira bermula pagi tadi sehingga saat ini.. Alhamdulillah..sujud syukur kami Team Saidiah Delight kerana dengan izin dan rahmat Ilahi kami berjaya dalam Permohonan menjadi vendor di dalam satu syarikat ini.. akan saya khabarkan secara rasmi apabila mereka akan memulakan Pembukaan Rasmi pada bulan February nanti..sabar ek.. nanti saya sebut kat mana dan siapa yang saya maksudkan ini.. Yang penting sekarang adalah.. ACF keluaran Saidiah Delight akan lebih mudah anda dapatkan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur..senang je kan? ;-) dan one more thing is you know what?.. khabar baik ini membuatkan satu hari ini, saya sangat-sangat gembira dan ceria...betul orang kata.. hari yang baik bermula dengan pagi yang baik.. jadi... esok saya nak mulakan hari esok dengan pagi yang happy jugak..anda juga boleh buat macam ni.. boleh boleh?.. :D
Alhamdulillah, telah tamat 3 hari seminar yang saya hadiri bersama suami saya di MIECC Mines, Seri Kembangan. Syukur sangat-sangat ilmu dan pengalaman yang saya dapat terlalu banyak.. dan rakan networking yang saya kenal juga ramai.. best sangat tau! Inilah dikatakan oleh guru saya tentang THE POWER OF SILATURRAHIM..
Ingin saya perkenalkan sahabat saya ini adalah pemilik kepada fb pages mama.and.kids.junction iaitu Pn. Roslinawati Misdi yang juga Managing Director kepada Mum and Kids Junction. For the first time, teruja juga kerana orangnya cukup peramah dan mesra sekali..Ibu kepada 5 orang anak ini paling saya suka, beliau tak loket dengan senyuman dan manis orangnya..asyik senyum je..hihihi..sekali tengok macam `mak lang` saya pulak :p..nice to meet you dear..Nak dijadikan cerita, kami berkenalan ketika sedang menunggu giliran di salah sebuah restoran di Mines Shopping Mall. Selepas bertegur sapa dan saling bertukar kad bisnes saya terus berkongsi sample ACF kepadanya.. sehinggalah selesai kami semua makan tengahari ni..saya ditegur olehnya dan katanya ...`naimmah, saya nak 1 balang.. ehh..dua balang lah.. ` jadi keesokan harinya baru saya berikan ACF ini kepada nya..(kalau tak sedap takkan la sampai order 2 balang kan..kan..opss hihi :p)
...ok..ok Pointnya di sini ialah..is not about selling product..is about ukhwah fillah.. tali silaturrahim yang terbina antara dua insan.. dan bukan kami berdua berkawan sahaja..malah suami saya juga dapat berkenalan dengan suaminya juga.. nampak tak?.. best kan.. seronok tau..dapat berkenalan dengan orang-orang kaya dan hebat.. auranya sangat bagus.. sifat rendah diri dan suka berkawan saya juga nampak pada mereka.. suami isteri ini.. terima kasih atas ukhwah ini, Ina..nanti kita keep in touch dia alam maya dan semoga kita akan berjumpa lagi ek :-)
https://www.facebook.com/mama.and.kids.junction ini ada menyediakan pelbagai kemudahan untuk ibubapa bagi mendapatkan barangan dan pakaian anak serta barangan-barangan keperluan bayi seperti stroller, alat permainan, alat penyusuan dan bermacam-macam lagi..singgahla dan lawati pages ini.. Tentunya anda suka dengan mereka kerana perkhidmatan yang diberikan `tip-top` dan anda boleh bertanya jika ada sebarang persoalan dengan mereka.. pm@whatsapp 016.328.8680
Dan ini seorang lagi sahabat saya itu Puan Faizah Hani yang saya kenal sejak saya berkursus di Lembaga Koko Malaysia tempoh hari.. lama dah sangat nak jumpa beliau..risau saya dah nak habis seminar masih belum dapat berjumpa lagi.. Alhamdulillah, walaupun hanya sesingkat cuma tapi sekurang-kurangnya lepas la rindu di hati nie..chewaaahhh.. hihihi..Sahabat saya ini seorang yang baik hati..suaminya juga begitu..walaupun mereka adalah orang yang hebat dan berjaya, mereka selalu banyak beri dorongan dan sokongan kepada saya dan suami dan kami gunakan networking ni sebagai medium bertukar-tukar maklumat dan sharing pengetahuan masing-masing..Kan bagus kalau kita dalam dunia ni pun saling tolong-menolong, bantu-membantu, menegur yang baik dan saling mengingati antara satu sama lain.. Indahnya dunia ni kan?..:D Hani, terima kasih atas tali persaudaraan ini.. insyaAllah kita akan bersama-sama menuju puncak kejayaan dan keberkatan hendaknya. Ameen.
Pn. Hani ni adalah pemilik fb pages: Mamany Chocolate dan beliau mahir menghasilkan lollichop dan buah tamar bersalut coklat yang sangat sedap.. saya suka..saya suka..:D...bagi mereka di Shah Alam boleh mendapatkan perkhidmatan jualan coklat ini dengan Hani.. ..di pages:->>>>
https://www.facebook.com/pages/Mamany-Chocolate/415448908567490
Sahabat semua,
Topik perkongsian di sini bukan nak bagi tau siapa saya berkawan..tetapi untuk kita kongsikan bersama tentang fadilat berukhwah..yakni SILATURRAHIM..sebagaimana hadis Nabi yang berbunyi:-
`Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim` (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Haa...nampak tak?.. hadis ni sebut tentang `rezeki`.. haaa.. nak banyak rezeki..nak jadi kaya..kaya harta dan tentunya nak kaya jiwa jugak kan?..banyakkanlah berkawan dan berukhwah.. nak panjang umur juga kena bersilaturrahim tetapi kewajaran dan ukhwah ini harus berlandaskan syariat dan sunnah.. hubungan ini mestilah berasaskan pegangan agama..bukan menjurus ke arah lembah dosa dan maksiat..maksud saya.. kadang-kadang ni kita berkawan ni ikut puak-puak kita je.. lepas tu dok kutuk-kutuk pulak orang lain.. ajak pulak kawan-kawan dia buat `ketupat`..geng aku tak leh kawan dengan geng dia..geng dia aku langsung taknak kawan.. hello! apa ni... tak takut ke makan daging kawan sendiri eeee.. saya taknak..anda bagaimana?..yang baik dijadikan tauladan..yang buruk dijadikan sempadan.. ;)
Kawan atau sahabat ni kita tengok juga peribadi dan akhlaknya..sebab kadang-kadang kita akan terikut juga.. kan best kalau dapat kawan yang memberi motivasi dan memberi manfaat kebaikan serta pahala sesama kita.. tenang je kan.. aura positif la katakan.. sifat-sifat mahmudah senang je terbentuk dalam diri ni.. memang bukan mudah untuk membuat kebaikan tetapi bukankah kita boleh membuat pilihan antara berkawan dengan orang yang negatif atau berkawan dengan orang yang positif?? kan..kan.. itu sebab dalam agama kita pun ada sebut..
Sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi:-
Tidak sempurna iman seseorang itu di antara kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri (HR Bukhari dan Muslim)
Marilah kita sama-sama menjaga hubungan ukhwah dengan baik berlandaskan agama. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri kita sentiasa benar je..atau betul je..aku betul.. ko buat ni salah.. ishk..ishk.. kesian kan? kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan... Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T
nak sempurna iman?.. nak tenang jiwa?..nak kaya harta dan kaya jiwa?
senang je :-)
.............
Jaga je hubungan kita dengan manusia.. InsyaAllah hubungan kita dengan Allah tentunya terbina.. :-)
Saidiah Delight
ALMOND CHOC FLAKES
Feel the Taste, Get The Crunch



No comments:
Post a Comment